Ribuan terima kasih

Ribuan terima kasih kepada hadiran dan hadiran sekilian yang telah menghadiri ceremah saya di Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC) di Danga Bay, Johor Bahru. Tidak lupa kepada IRDA dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Foto: Khalil Adis.

Ribuan terima kasih kepada para hadiran dan hadiran sekelian yang telah menghadiri ceremah saya di Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC) di Danga Bay, Johor Bahru. Tidak lupa kepada IRDA, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Puan Rozalina Rahim dari REConsult. Sokongan anda sangat saya hargai. Foto: Khalil Adis.

Pada bulan November 2013, saya telah mencekalkan hati untuk menubuhkan syarikat saya.

Seperti kerjaya saya dahulu (dan juga sekarang) sebagai seorang wartawan, saya telah menceburinya dengan penuh kesabaran dan menabahkan hati menempuhi segala dugaan.

Seperti yang saya telah berkongsi di Havoc Hartanah Iskandar Malaysia, “dari seorang wartawan saya menjadi seorang usahawan dan mungkin seorang hartawan (part ini saya bergurau saja).”

Ia bagaikan, saya diberi petunjuk dan firasat oleh yang Maha Esa.

Tidak ramai yang tahu peristiwa pahit manis yang saya lalui pada masa itu.

Ibu saya dan sahabat handai telah memberi saya sokongan moral dan keyakinan diri.

Dari situlah syarikat saya ditubuhkan.

Alhamdulilah, selepas itu saya dipilih oleh UNIQLO sebagai duta AIRism dan juga oleh iProperty.com Malaysia sebagai duta Iskandar Malaysia.

Kadang-kala kita harus menempuhi pelbagai kesusahan dan rintangan sebelum mencapai kejayaan.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya di Singapura, Malaysia dan Jepun yang telah menghulurkan tangan dan memberi sokongan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemaju-pemaju yang sering menggunakan khidmat saya sebagai seorang penceramah bagi majlis-majlis pelancaran projek-projek anda.

Tidak lupa pula kepada pihak media di Singapura, Malaysia dan Jepun kerana sering menjemput saya menulis sebagai seorang kolumnis dan menemuramah saya.

Tanpa sokongan anda, saya takkan kemana-mana.

Insyallah, kita jumpa lagi.

Khalil Signature

P.S: Saya teringin sekali merasakan hidup dikampung dan melakukan aktiviti-aktiviti seperti memancing dan sebagainya di Johor. Saya lihat di daerah berdekatan dengan Tuas, banyak kawasan perkampungan dan kelong-kelong di Selat Johor yang sangat indah. Manalah tahu, ia akan memberi saya ilham untuk menulis buku yang terbaru? Sudikah anda membuka rumah anda bagi projek ‘home stay’ ini?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s