Wisma Atria berwajah baru

Oleh Khalil Adis

Foto-foto: Oleh Khalil Adis

Jenama-jenama terbaru ke Singapura dilancarkan

Wajah terbaru Wisma Atria bak kristal biru. Foto: Starhill Global REIT.

Pusat membeli-belah Wisma Atria yang terkenal dengan bangunannya yang berwarna biru telah baru-baru ini dilancarkan semula dengan penampilan yang lebih menarik lengkap dengan wajah terbarunya bak batu kristal.

Ubahsuaian Wisma Atria, yang diuruskan oleh Starhill Global REIT Management Limited, telah menelan belanja sebanyak S$31 juta dan mengambil hampir satu tahun untuk dilengkapkan.

Selain dari itu, Wisma Atria telah megumumkan penghuni-penghuninya yang terdiri dari jenama-jenama terbaru ke Singapura.

Jenama-jenama tersebut telah memilih pusat membeli-belah itu sebagai tempat pelancarannya untuk pasaran Singapura.

Butik-butik terbaru ke Singapura

Butik-butik terbaru yang ditampilkan pertama sekali di Singapura termasuk jenama kaum Adam, Tommy Bahama dan jenama kaum Hawa, Tory Burch yang kedua-duanya dari Amerika Syarikat.

Jenama kasual dari Amerika Syarikat, Tommy Bahama telah ditampilkan di satu acara fesyen di Wisma Atria. Foto: Khalil Adis.

“Jenerasi sekarang lebih mutakhir kerana mereka boleh lungsuri lelaman internet untuk mendapatkan informasi tentang jenama-jenama terbaru dan tren-tren masakini. Ini bermakna, kami di Wisma Atria harus mengikuti arus fesyen sekarang dan citarasa masakini dengan selalu memberikan pelangaan-pelangaan kami jenama-jenama terbaru,” kata Cik Ong Mei-Lyn, pengurus awam/timbalan president bagi Starhill Global REIT.

Untuk menggalakkan lebih interaksi dengan butik-butiknya, Starhill Global REIT telah memperkenalkan konsep terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja menjenguk-jenguk kedalam butik-butiknya seperti terkagum dengan ‘intan berlian’ yang terdapat didalamnya.

‘Intan berlian’ ini termasuk butik Coach yang terbesar di Asia Tenggara, butik paling terbesar dengan 19 jenama-jenama tempatan, Workshop Element dan butik Tag Heur yang terbesar didunia, berukuran 2,400 kotak persegi.

Selain dari butik-butik, terdapat konsep F&B yang terbaru, iaitu, Paris Baguette yang merupakan cawangan pertama di Singapura.

Saingan hangat di Orchard Road

Pusat-pusat membeli-belah di Orchard Road memang sekarang menghadapi saingan hangat antara satu sama lain.

Untuk terus mengambil perhatian para pelangaan-pelangaan,ubahsuaian kepada wajah pusat-pusat membeli-belah sering dilakukan.

Di Wisma Atria, ubahsuaiannya termasuk lampu-lampu LED yang menarik didepan bangunannya bertentangan dengan Orchard Road.

Tarian lampu-lampu LED itu akan dipentaskan disepanjang wajahnya yang berukuran 123 metre pada waktu malam.

“Selaian dari ubahsuaian, kami sering mencari jenama-jenama terbaru yang berkualiti agar dapat menarik pelanggaan-pelangaan ke Wisma Atria,” kata Cik Ong.

Beliau juga menjelaskan bahawa Wisma Atria terletak di lokasi yang amat baik, bersebelahan Ngee Ann City dan ION Orchard.

“Lokasi ini sungguh genting untuk kami menarik pelanggaan-pelanggaan yang sesuai. Lagipun, kami bersebelahan dengan stesen Orchard MRT yang pada masa hadapan akan menjadi stesen bertukaran bagi MRT laluan Thomson,” kata Cik Ong.

Bagi mereka yang meminati fesyen-fesyen terkini, ada banyak pilihan-pilihan yang boleh didapatkan disemua lima tingkat yang berukuran 230,000 kotak persegi.

“Kami mengharap anda akan suka dengan wajah baru Wisma Atria dan akan mengunjungi butik-butik yang tersedia ada,” kata Cik Ong.

Tan Sri Dato’ (Dr) Francis Yeoh, pengurusi Starhill Globat REIT. Foto: Khalil Adis.

Wisma Atria terletak di 435, Orchard Road.

Advertisements

One thought on “Wisma Atria berwajah baru

  1. Pingback: Wisma Atria berwajah baru | I write | Khalil Adis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s